Bintang muda antarabangsa Portugal dan Atletico Madrid, Joao Felix telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Budak Emas 2019 selepas mengatasi pencabar terdekat, pemain muda berbakat England yang beraksi bersama Borussia Dortmund, Jadon Sancho.
Stadium Astro melaporkan bahawa Felix telah menerima undian tertinggi dikalangan 40 wartawan sukan sekaligus mengulangi pencapaian Sergio Aguero yang menerima anugerah tersebut pada tahun 2007 ketika beraksi bersama Atletico Madrid.
Joao Felix is the 2019 Golden Boy winner! 🤩
Congratulations, @joaofelix70 👏 pic.twitter.com/8RblbCXkwj
— GOAL (@goal) November 27, 2019
Kelincahan bekas pemain serangan Benfica itu juga pernah disamakan dengan bekas pemain antarabangsa Brazil dan AC Milan, Ricardo Kaka. Bakat luar biasa pemain ini tidak disia-siakan apabila disambar Atletico Madrid pada jendela perpindahan yang lepas dengan harga 126 juta.
‘Terima kasih kepada Tuttosport untuk anugerah ini. Saya berasa bangga. Ini merupakan kali kedua pemain dari pasukan Atletico Madrid memenangi anugerah ini. Terima kasih juga kepada pasukan Benfica terutama kepada jurulatih Bruno Lage yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga’, katanya lagi.
Kehadiran Felix ke Atletico Madrid dikatakan untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bintang Perancis, Antoine Griezmann yang menyertai Barcelona. Kedua-dua pemain ini mempunyai kebolehan dan kelincahan yang sama. Beza pada kedua-dua pemain ini adalah pada kekuatan kaki dominan.
Secara keseluruhan, Felix menerima 332 mata undian meninggalkan Jadon Sancho di tangga kedua dengan 175 mata undian manakala Kai Havertz di tempat ketiga dengan 75 mata undian.
Joao Felix joins an exclusive list 🏆 pic.twitter.com/PIYfqnx3hh
— ESPN FC (@ESPNFC) November 27, 2019
Sebelum ini, Anugerah Budak Emas pernah dimenangi oleh Matthijs de Ligt, Kylian Mbappe, dan Renato Sanches.