Eropah

Van Persie selar Ole

Bekas penyerang Manchester United, Robin van Persie menyelar tindakan pengendali utama The Red Devils, Ole Gunnar Solksjaer selepas mereka tewas 1-0 keatas Newcastle United.

(Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Menurut laporan DailyMail, van Persie tidak berpuas hati dengan reaksi Solksjaer yang seolah-olah tidak mempunyai karakter yang baik dalam pengurusan pasukan. Bekas pemain antarabangsa Belanda itu juga mempersoalkan adakah Solksjaer mampu untuk mengubah nasib pasukan yang kian terumbang-ambing.

Van Persie berkata,’apabila pasukan anda kurang keyakinan, anda perlu kembalikan keyakinan mereka. Jika mereka terlalu yakin, anda perlu menegur mereka’. 

‘Saya tidak pasti sama ada Solksjaer mampu mencari butang yang betul berdasarkan sesi interviu dan perlawanan yang telah berlangsung’, tambah Van Persie.

Robin van Persie sebelum ini turut lantang mengkritik prestasi semasa Unai Emery yang mengendali Arsenal dengan menyatakan bahawa pengendali Sepanyol itu tidak mempunyai falsafah bola sepak yang betul untuk membantu skuad The Gunners. Van Persie juga pernah menjadi ketua pasukan Arsenal sebelum berhijrah ke Manchester United pada 2012.

Kedua-dua pengendali yang dikritik ini mempunyai masalah yang sama dan masih bergelut untuk memberikan yang terbaik buat pasukan masing-masing. Tambahan pula, ada beberapa pemain baru yang perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain. Proses ini bukanlah satu proses yang singkat dan menjamin kejayaan dalam masa terdekat. Tempoh masa perlu diberikan kepada mereka untuk membuktikan bahawa segala yang diperkatakan itu tidak benar.

Untuk rekod, United masih gagal mencatat kemenangan ketika beraksi di gelanggang lawan musim ini. United juga dilihat buntu dalam mencari kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dan hanya mampu menjaringkan satu gol secara purata dalam setiap perlawanan.