Malaysia Berita

Manchester United Lantik Solskjaer Sehingga Akhir Musim

Selepas memecat Jose Mourinho, Manchester United telah melantik Ole Gunner Solskjaer sebagai pengurus sementara United. 

Sumber dalaman kelab ada menyebut bahawa pelantikan Ole Gunner Solskjaer adalah disebabkan pengurusan United mahukan seseorang yang kenal dengan selok belok kelab tersebut. Tambahan pula, Ole Gunner Solskjaer adalah pemain bintang dan lagenda United.

“Manchester United hari ini mengumumkan bahawa bekas penyerang Ole Gunner Solskjaer telah dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim 2018/19.

“Solskjaer menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan untuk United antara 1996 dan 2007. Pada 2008 dia menjadi pengurus pasukan simpanan kelab, sebelum mengambil peranan pengurus di FC Molde di Norway.

“Solskjær akan mengetuai pasukan dengan serta-merta dan akan kekal sementara kelab itu menjalankan proses mencari pengurus baru. Dia akan disertai oleh Mike Phelan sebagai jurulatih pasukan pertama, bekerja bersama Michael Carrick dan Kieran McKenna.” Kata kenyataan tersebut.

Beliau telah menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan bersama United antara 1996 dan 2007. Beliau juga antara watak penting yang membentuk Paul Pogba sewaktu menjadi jurulatih pasukan simpanan kelab sebelum mengambil alih peranan sebagai pengurus di FC Molde, Norway.

“Manchester United berada di hati saya dan ia cemerlang untuk kembali dalam peranan ini. Saya sangat berharap dapat bekerja dengan skuad yang sangat berbakat yang kami miliki, kakitangan dan semua orang di kelab,” kata Solskjaer.