Malaysia Berita

Sumareh Mahu Cari Pasangan Hidup

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dalam satu kenyataan kepada Sukan NSTP menyatakan bahawa menamatkan zaman bujang.

Pemain berusia 24 tahun ini akui cemburu apabila melihat rakan sepasukan dapat menyambut kemenangan bersama isteri dan anak-anak mereka.

“Kami semua kecewa kerana tidak berjaya memenangi Piala AFF tapi bagi mereka (rakan sepasukan yang sudah berkahwin), mereka mempunyai isteri dan anak-anak bersama mereka, jadi perasaan mereka kembali ceria selepas bertemu.

“Untuk saya, saya sangat kecewa dan tidak ada apa yang bermain di fikiran selain perasaan kecewa di final.

“Ibu bapa saya dan dua kakak saya cuba memberikan saya semangat tapi perasaan itu tidak sama (bersama isteri di sisi),” katanya.

Beliau mengakui bahawa sewaktu beraksi bersama PDRM beliau tidak dikenali seperti sekarang. Tambahan pula, selepas menyarung jersi kebangsaan nama beliau mula dikenali peminat bolasepak tanah air.

 “Saya mengakui bahawa ketika saya mewakili pasukan PDRM (2013-2015), saya tidak dikenali.

“Sama seperti ketika saya menyertai Pahang tapi apabila saya menjadi pemain kebangsaan, saya menerima banyak mesej.

“Saya tidak mahu wanita mementingkan kebendaan. Saya mencari seseorang yang perwatakan baik dan tahu bagaimana menjaga diri saya dan selalu menyokong saya.

“Keluarga saya kuat berpegang kepada agama. Apa yang penting wanita itu perlu jujur dan ikhlas dalam segala perbuatannya,” katanya kepada Sukan NSTP.