Piala Dunia 2018 Santai

La Tahzan! – 10 pencapaian terbaik Mohamed Salah musim 2017/18

Tamatnya perlawanan diantara Arab Saudi dan Mesir, Mohamed Salah ‘Egyptian King’ kelihatan sedikit kesedihan berjalan keluar padang. Walaupun Mesir telah disahkan telah terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2018, namun Mohamed Salah tidak mampu membantu pasukan Mesir untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada kempen Rusia ini.

Nama Mohamed Salah menjadi fenomena ekoran prestasi luar biasanya bermain di Liverpool pada musim 2017/18. Pemain yang dibeli dengan harga £37.8 juta daripada AS Roma menjadi watak penting skuad kendalian Jurgen Klopp menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Di Mesir pula, beliau menjadi hero membawa The Pharaohs melangkah ke Piala Dunia 2018 setelah kali terakhir mereka layak pada tahun 1990.

Malah di England sendiri, Mohamed Salah saban minggu mengjaringkan gol-gol yang menjadi sebutan peminat setia The Reds. Pantas bak lipas kudung, fizikal yang kuat serta ‘curling shot’ yang mampu mengalahkan penjaga gol lawan membuatkan peminat bola sepak hilang akal dengan aksinya! Sehinggakan, beliau menjadi idola baharu peminat bola sepak seantero dunia.

Walaupun kempen Piala  Dunia 2018 Mohamed Salah bersama Mesir tidak begitu memberangsangkan, hakikatnya Mohamed Salah telah mengharungi musim 2017/18 dengan begitu cemerlang sebagai pemain bola sepak. Aksinya yang memukau dan pelbagai gol yang terhasil membolehkan Mohamed Salah memenangi beberapa pencapaian dan anugerah berprestij.

Berikut adalah 10 pencapaian terbaik Mohamed Salah musim 2017/18: