Luar Negara Eropah

Mohamed Salah dijanjikan sebidang tanah di Mekah selepas memenangi anugerah PFA

Mohamed Salah secara rasminya telah diumumkan sebagai pemenang anugerah PFA Player Of The Year dan menjadi pemain musimlim ketiga yang menerima anugerah itu. Sebelumnya, Riyad Mahrez dan N’Golo Kante pernah mendapatkan anugerah sama. Deretan gol serta bantuan jaringan yang dilakukan sememangnya hebat. Tidak hairan jika Salah menjadi idola di negaranya sendiri dan serata dunia.

Melihat kepada prestasi itu, Naib Presiden sebuah daerah di Kota Mekah, Fahd Al-Rowky, pada Isnin lalu mengumumkan bahawa dia merancang untuk menghadiahkan Salah dengan sebidang tanah di tempatnya. Pemberian tanah itu merupakan sebagai tanda selamat dari Al-Rowky kerana Salah berjaya memenangi anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris.

Seperti yang dilaporkan media Arab Saudi, Sabq, Al-Rowky mempunyai beberapa pilihan bagaimana untuk dia memberikan hadiah itu. Pertama, dia akan memberikannya secara langsung sebidang tanah sekiranya sistem itu diizinkan di Arab Saudi. Kedua, dia akan membangunkan masjid di tanah yang dijanjikan dan akan menggunakan nama pemain itu sendiri. Pilihan terakhir, dia akan menjual tanah itu dan wang penjualan akan diberi kepada Salah.

Pilihan mana yang akan dipilih Al-Rowky tentunya bergantung kepada keinginan Salah. Menurut laporan yang sama, tujuan Al-Rowky memberikan tanah itu, selain daripada tanda selamat, adalah untuk menjulang pemain Muslim yang berbakat dan patut menjadi idola. Dia juga menambah bahawa ‘Raja Mesir’ itu merupakan individu yang tepat untuk menjadi pengantara Islam di England.

Ini bukan kali pertama seorang pemain diberikan tanah sebagai hadiah. Sebelum ini, pentadbir Oman, Sultan Qaboos bin Said, memberikan wang dan sebidang tanah kepada pemain-pemain skuad kebangsaannya selepas menjuarai Arabian Gulf Cup.

Salah memang benar-benar menjadi fenomena pada musim ini. Sebuah tempat makan di Liverpool akan memberikan makanan percuma untuk setiap gol yang dicatat Salah. Ada juga yang membuat lampu dengan gambar Salah di bulan Ramadhan. Beberapa peminat bola sepak juga ada yang ingin memeluk Islam disebabkan bintang Mesir itu.