Piala Dunia 2018 Santai

Kompilasi rekaan jersi Piala Dunia 2018: Kumpulan E-H

Pengenalan jersi pasukan yang menyertai Piala Dunia 2018 telah kami tampilkan semalam, bermula dengan skuad daripada Kumpulan A sehingga Kumpulan D. Seterusnya, sudah tentu ada wakil daripada Kumpulan E sehingga Kumpulan H. dan penampilan jersi mereka juga tidak kurang hebatnya.

Brazil

Jersi berwarna kuning digunakan Brazil untuk berusaha meraih trofi Piala Dunia yang keenam. Jika dilihat dengan teliti, terdapat corak seperti kupu-kupu pada permukaan jersi mereka.

Switzerland

Jersi merah Switzerland mempunyai ciri-ciri unik yang membaluti seluruh jersi mereka.

Costa Rica

Salah satu pasukan yang memilih New Balance sebagai pembekal jersi untuk mereka. Mereka menggunakan warna merah yang diselitkan warna putih pada bahagian leher.

Serbia

Switzerland, Costa Rica dan kemudian Serbia memilih warna merah untuk jersi utama mereka dan ia seakan-akan jersi Switzerland.

Jerman

Salah satu jersi yang terbaik pernah dimiliki oleh pasukan kebangsaan Jerman. Corak klasik yang dipilih terbukti sangat menarik.

Mexico

Jersi Mexico menggunakan warna hijau tradisional khas buat negara mereka. Terdapat sebuah corak berwarna hijau muda di bahagian pinggang serta tiga garisan Adidas pada bahu.

Sweden

Golongan Viking akan menggunakan jersi berwarna kuning dan seperti jersi Adidas daripada negara lain, Sweden juga tidak terlepas daripada tiga garisan pada jersi mereka.

Korea Selatan

Jersi utama mereka memaparkan identity sebenar iaitu Red Devils, sementara jersi kedua lebih kepada corak Taeguk.

Belgium

Corak berwarna merah dan kuning digunakan pada jersi merah menyala oleh Belgium yang tentunya mampu menyilaukan mata.

Panama

Satu lagi pasukan yang menggunakan jersi daripada New Balance. Ia tampak santai tetapi elegan dan mempunyai sedikit persamaan dengan jersi Korea Selatan.

Tunisia

Sekali lagi warna merah menjadi pilihan, namun penampilan jersi Tunisia agak sederhana

England

Jersi putih tetap menjadi kebanggaan skuad The Three Lions.

Poland

Poland mempunyai jersi yang menggunakan dua warna merah yang berbeza, dipisahkan oleh satu garisan.

Senegal

Setakat ini, Senegal masih belum lagi mengeluarkan jersi baru.

Colombia

Colombia juga antara pasukan yang tidak kurang menariknya seperti Jerman. Tema klasik digunakan untuk Piala Dunia 2018.

Jepun

Apa yang boleh dilihat pada jersi Jepun adalah mereka benar-benar kelihatan seperti pahlawan samurai.