Luar Negara Eropah

Tribe Nostalgia: Juan Sebastian Veron, perantau bolasepak yang paling berbakat

Terdapat sesetengah pemain yang anda akan sentiasa ingatkan apabila mereka telah lama meninggalkan pasukan. Dalam sesetengah situasi, ia disebabkan aksinya yang memukau dalam setiap tahun tetapi ada juga yang diingati bukan kerana bakat hebat tetapi usaha keras yang ditunjukkan. Kemudian, barulah wujud kelompok baru, pemain-pemain yang tidak dapat menampilkan sebarang aksi keterujaan, sesuatu yang rasakan terhadap Juan Sebastian Veron.

Veron tiba di Manchester United sebagai salah seorang jelmaan makhluk asing. Kelab sendiri tidak pernah menyaksikan pemain sebegitu di dalam sejarah mereka. Walaupun mempunyai Paul Scholes, pemain yang diakui antara terbaik di dunia, Veron memberikan pilihan tersendiri. Terdapat satu perkara yang bertentangan tentang dirinya, iaitu kekasaran dan kelembutan. Menyaksikannya di Serie A bersama Sampdoria, Parma dan Lazio, cara kerjanya membuatkan sukar untuk saya memahaminya.

Dia tidak berada di kelab-kelab tersebut dalam tempoh sehingga dua tahun tetapi tetapi menjadi rujukan utama pasukan, ibarat pusat graviti. Siapakah dia? Pada asalnya, dia beraksi sebagai pemain tengah, berbekalkan stokin yang rendah, gigi yang tersusun jarang. Kemudian, dia dilihat sebagai pemain yang berperanan sebagai pembantu penyerang (number 10) sewaktu beraksi bersama Hernan Crespo di Parma, mencetuskan gandingan yang begitu tajam. Setahun kemudian, kedua-duanya dibeli oleh Lazio dan membawa majikan baru itu meraih kejuaraan Serie A atau Scudetto yang kedua.

Jadi, apa yang tidak kena dengan Veron apabila berhijrah ke Old Trafford? Tentunya, corak permainan di liga tersebut. Masih ingat lagi, aksi-aksi hebat Veron sudah pasti dapat dilihat apabila beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah atau pertemuan yang sangat penting di Liga Perdana Inggeris, dimana kedua-dua pasukan ketika itu akan menampilkan permainan masing-masing. Perlu diingati juga, Veron sering digandingkan dengan Phil Neville di bahagian tengah, sekaligus mencetuskan corak mirip Matias Almeyda ketika di Lazio, dimana mereka berdua akan lebih mengawal bahagian tengah dan ke bawah. Di United, Veron sering dibiarkan untuk melakukan kerja kotor atau keras di bahagian tengah padang dan itu adalah taktikal yang sering digunakan.

Ini amat memalukan, memandangkan Veron sangat hebat di puncak prestasinya. Dia melakukan hantaran yang mempunyai ketepatan tinggi yang dapat kita lihat pada Paul Pogba pada hari ini dan menjadi seteru Zinedine Zidane dalam memegang status perancang terbaik dunia. Sememangnya dia memenangi trofi bersama United pada 2003, sesuatu yang mungkin Veron anggap sebagai penyelamat buatnya. Saya masih ingat dalam satu sesi temubual, dimana dia bercakap tentang prestasinya di Old Trafford dan bagaimana perasaannya apabila mengecewakan penyokong-penyokong Red Devils. Sejak itu, saya mula menggemarinya dan sentiasa mengikuti perkembangannya dengan penuh minat.

Saya lega dapat melakukannya kerana ia menyedarkan saya tentang kehebatan karier Veron, melihatnya mendapatkan kegembiraan menerusi dedikasi yang tinggi. United bukan destinasi terakhir buat Veron tetapi adalah salah satu persinggahan dalam perantauannya di dunia bola sepak, yang bermula dan berakhir di tempat sama. Jika saya perlu mencari persamaan tentangnya dengan mana-mana kisah dongeng, Veron adalah Odysseus. Meninggalkan rumahnya dan kampung halamannya di Argentina, melibatkan diri dalam peperangan besar dan kembali dengan penuh kejayaan ke pangkuan asal.

Kisah Veron tentunya berbeza keistimewaannya selepas bapanya mengetuai Estudiantes menjuarai Copa Libertadores pada 1968, sebelum Veron sendiri melakukannya pada 2009 dan dianugerahkan pemain terbaik kejohanan. Mengulas mengenai nilai kejuaraan itu – dia memberitahu dia sanggup menukarkan semua pingat yang dimiliki untuk mendapatkannya – menjelaskan tentang kemuncak kariernya.

Veron mengharungi cabaran bersama 10 pasukan dalam masa 23 tahun dan masih belum bersara pada usia 42 tahun. Tentunya dia menjadi pemain paling istimewa untuk menjadi pengerusi pasukan dan juga sebagai perantau, tentunya. Jarang sekali pemain bola sepak meraih pengakhiran yang menggembirakan dan jika saya meraih peluang lain, saya patut melihat kepada tempat asal-usulnya, La Plata, sambil memegang botol Club Mate, produk terbaik Berlin.

Oleh Musa Okwonga
(www.tifofootball.com)