Kolum Luar Negara

Tribe Scout: Mampukah Harry Winks mengelak jejak langkah Jack Wilshere?

Kini semuanya sudah sedia! Piala Dunia bakal berlangsung pada tahun ini dan bola sepak Inggeris telah menerima kehadiran seorang pemain tengah baru, iaitu Harry Winks. Walaupun baru melakukan 23 penampilan bersama skuad senior, pemain berusia 21 tahun yang berasal dari Herfordshire itu dilabelkan sebagai penyelamat buat barisan tengah Gareth Southgate. Dia mungkin bagus dan sukar melihatnya melakukan kesilapan dalam saingan 2017/18, tetapi harus diingat bahawa setiap kemunculan pemain muda pasti akan dibebani dengan harapan dan tanggungjawab bersama skuad kebangsaan.

Jack Wilshere amat sinonim dengan situasi ini. Seperti Winks, kelibatnya di atas padang mula dikenali sewaktu tampil hebat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah semasa Arsenal menentang Barcelona pada 2011, enam tahun enam bulan selepas musuh tradisi mereka, Tottenham Hotspur, melakukan perkara sama menentang Real Madrid.

Apa yang pasti, penampilan mereka telah menarik perhatian. Wilshere dilihat lebih banyak beraksi di bahagian tengah yang lebih rendah untuk menyinar berbanding Winks yang banyak mengilhamkan gerakan kreatif menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu. Kedua-duanya memberikan kesan yang sama, apabila Wilshere melakukan 46 hantaran sewaktu menentang Barca dengan 93.5 peratus kadar hantaran sempurna sementara Winks mencatat 45 hantaran (91 peratus hantaran sempurna).

Kedua-duanya telah menarik perhatian yang sama.

“Winks, berusia 21 tahun, mempamerkan perwatakan yang hebat dan positif semasa menentang bintang tengah Madrid seperti Toni Kroos dan Luka Modric,’ kata Paul Hayward dalam The Telegraph. Enam tahun sebelum itu, sewaktu menulis untuk The Guardian, dia berkata: “Wilshere, pada usia 19 tahun, telah menunjukkan permainan yang memukau mengatasi dua pemain tengah terbaik dimiliki Barca, Xavi dan Andres Iniesta.” Boleh juga disifatkan sebagai aksi yang sukar untuk dijelaskan perbezaannya dan ia bukan sekadar itu sahaja. Wakil BBC, Phil McNulty, menyifatkan persembahan Wilshere pada 2011 sebagai “persembahan yang penuh seni”, sebelum menulis bagaimana “Winks dilihat pemain yang sempurna dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah”. Sementara Henry Winter menggelarkan kedua-duanya tiada perasaan gentar. Kemudian, pelbagai pujian dan kritikan positif yang diberikan kepada kedua-dua pemain itu.

Bagaimanapun, adakah Winks bakal mengulangi kegagalan yang ditunjukkan oleh Wilshere? Winks tampak kekal tenang dan meneruskan aksi hebatnya tetapi harus diingat bahawa Wilshere juga melakukan perkara sama selepas persembahan memukau pada malam yang diingati itu. Winks juga amat memahami keperluan untuk kekal merendah diri dan sering bercakap tentang fakta. “Saya menerima setiap pujian dan teguran tetapi saya masih jauh dibandingkan dengan Modric,” akui Winks dalam satu sesi temubual bersama Ball Street. “Fokus utama saya kini adalah terus bekerja keras, beraksi dan menghasilkan permainan yang menarik bagi meneruskan momentum sedia ada,” katanya ketika hari perlawanan bersama Spurs menentang West Ham United. “Saya tidak terbawa-bawa dengannya. Sasaran saya adalah terus berkembang dan melakukan seberapa banyak penampilan yang boleh.”

Sudah tentu masa depan Winks bukan sepenuhnya pada diri sendiri. Dia boleh bekerja keras tetapi semestinya dia tidak dapat melarikan diri daripada masalah kecederaan serius, sesuatu yang mengganggu perkembangan Wilshere dalam beberapa kali. Kecederaan buku lali menyaksikan pemain Arsenal itu terlepas separuh musim 2011/12, sambil diletakkan dalam senarai kecederaan tidak lama selepas kembali. Beberapa siri kecederaan lain menyebabkannya hanya beraksi sebanyak 14 kali antara November 2014 sehingga April 2016.

Walaupun apabila telah pulih, dia jarang beraksi memenuhi tuntutan yang ditetapkan sewaktu musim panas 2011. Selain daripada isu kontroversi tentang kegiatan merokok dan kelab malam, terdapat dakwaan bahawa keyakinan Wilshere berlalu dan berkembang terlalu cepat dan awal. Dia tampak seakan berpuas hati walaupun sebenarnya dia baru sahaja memulakan sesuatu. Situasi itu dijelaskan sewaktu Ian Wright menggesanya untuk memikirkan semula masa yang banyak diluangkan di tepi padang, sambil Arsene Wenger berulang kali mengatakan pemainnya itu sudah matang dan bekerja keras.

Berbekalkan bimbingan Mauricio Pochettino selaku jurulatih, Winks semestinya berada dalam keadaan sekeliling yang terbaik, dimana tiada siapa yang akan membuatkannya terbawa-bawa dengan pujian atau menanggung beban yang tidak mampu digalas.

Dia juga berada bersama kelab yang tidak akan membayar terlalu tinggi, apabila Winks kini dilaporkan bakal menandatangani kontrak baru sehingga 40,000 pound seminggu, berbanding Wilshere yang menerima 80,000 pound sewaktu berusia 20 tahun. Jika Winks tidak dikaburkan dengan mana-mana perjanjian wang yang besar, tentunya dia tidak akan kekurangan kemahuan untuk terus meningkat dalam masa beberapa tahun. Dia mungkin mampu menjadi penyelamat buat barisan tengah England tetapi diharapkan perkembangan pantas untuknya ditangguhkan dalam masa beberapa tahun.

Oleh Euan McTear
(www.tifofootball.com)