Luar Negara Piala Dunia 2018

Senarai jurulatih skuad kebangsaan yang telah dipecat sebelum Piala Dunia 2018

Isu pemecatan sering dilihat dalam dunia bola sepak. Lihat sahaja di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) atau di Liga Super Malaysia, banyak nama yang dipecat sebelum bermulanya saingan liga atau hanya beberapa perlawanan selepas saingan liga bermula. Seperti mereka, ada juga pengendali yang sudah dipecat sebelum bermulanya aksi Piala Dunia 2018.

Slavolhub Muslin - Serbia

Slavoljub Muslim terpaksa melupakan pasukan Serbia walaupun membawa skuad kebangsaan negara itu ke Piala Dunia buat kali kedua selepas bebas. Menurut Muslin, perbezaan pendapat dengan pihak Serbia membuatkan dirinya terpaksa dipecat.

Bert Van Marwijk - Arab Saudi

Van Marwijk turut membawa Arab Saudi ke Piala Dunia 2018, dimana menjadi Piala Dunia pertama selepas 2006. Pengendali dari Belanda itu meninggalkan pasukan selepas tidak menemui kata sepakat dalam memperbaharui kontrak.

Ange Postecoglou - Australia

Enam hari selepas membawa Australia melayakkan diri ke Piala Dunia, Postecoglou secara rasmi meninggalkan pasukan. Beban berat yang ditanggung juga menjadi punca Arab Saudi terpaksa berpisah dengan pengurus dari Greece itu.

Edgardo Bauza - Arab Saudi

Menggantikan Muslin sebagai pengurus Arab Saudi, Bauza dipecat selepas hanya mengetuai pasukan untuk lima aksi persahabatan. Dua kemenangan dan tiga kalah menjadi rekodnya bersama Green Falcons.

Ante Cacic - Croatia

Selepas penampilan buruk skuad Croatia, Cacic akhirnya dipecat dua hari sebelum aksi akhir kelayakan Piala Dunia. Ramai pemain Croatia dikhabarkan tidak menggemarinya.

 

Vadid Halilhodzic - Jepun

Beberapa penampilan buruk ketika aksi persahabatan membuatkan Halilhodzic menemui jalan keluar. Dia dipecat dua bulan sebelum bermulanya saingan Piala Dunia 2018.