Malaysia Liga Super Malaysia

Bekas pemain Lyon, Harry Novillo bakal sertai JDT?

Johor Darul Ta’azim sebelum ini telah menyiarkan satu gambar yang seakan-akan memberi bayangan siapakah pemain import baru yang akan menyertai mereka apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

Berdasarkan kenyataan di laman sosial mereka, pemain tersebut berasal daripada Perancis. Terdapat juga ura-ura yang menyatakan pemain berkenaan merupakan bekas pemain Lyon dan Melbourne City.

Setelah kami cuba merungkai persoalan ini, seorang pemain telah dikenal pasti. Produk akademi Lyon, Harry Novillo jawapannya.

Pemain berusia 26 tahun ini pernah beraksi bersama Lyon, Le Havre dan Melbourne City. Pada musim lalu, pemain kebangsaan Martinique ini Baniyas Sports and Cultural Club di liga Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Daripada 2010 sehingga ke 2018, Novilla telah beraksi untuk 10 pasukan dan paling banyak membuat penampilan dalam semusim adalah ketika bersama Melbourne City.

Posisi utama Novillo adalah di bahagian sayap kiri. Tetapi dia boleh juga bermain di bahagian sayap kanan dan juga penyerang. Bersama Baniyas, Novillo berjaya menjaringkan 10 gol dan membuat lima bantuan gol dalam 10 perlawanan.

Musim paling produktif buat Novillo adalah ketika bersama Melbourne City apabila dia berjaya menjaringkan 11 gol dan membuat empat bantuan jaringan pada musim 2015-2016.

Perlu diingatkan bahawa ini merupakan tekaan sahaja daripada kami. Benar atau tidak Novillo adalah pemain import baru JDT, itu perlu kita tunggu sehingga jendela perpindahan baru dibuka kelak.