Luar Negara Eropah

Enam pemain belia yang bakal menggegarkan dunia bolasepak dalam beberapa tahun

Tahukah anda bahawa pada usia 13 tahun, Ronaldinho pernah mencatat 23 gol dalam satu perlawanan? Kejutan itu telah mencetuskan sensasi sehingga membolehkannya menandatangani kontrak dengan Gremio. Bermula detik itulah terciptanya perjalanan karier seorang legenda.

Ketika ini, terdapat beberapa pemain muda yang terkenal di media sosial. Mereka sedang menunggu masa untuk mengikut jejak bekas bintang Barcelona itu, namun berpotensi untuk tidak dapat memenuhi jangkaan itu. Berikut adalah sebahagian daripada mereka:

Alessandro Cupini

Pemain berusia 10 tahun ini sangat terkenal di media sosial. Memiliki sekitar 60 ribu pengikut di laman Instagram peribadinya, @cupini_ac7_official. Bagaimanapun, ia bukan sekadar di situ. Cupini yang dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi berdarah Itali ini telah berjaya menyertai akademi bola sepak AS Roma, salah satu akademi terbaik di negara Azzurri itu.

Yousouffa Moukoko

Moukoko adalah salah satu permata paling berharga buat akademi Borussia Dortmund. Pada usia 13 tahun, dia telah beraksi buat pasukan B-17. Pemain kelahiran Cameroon ini lahir pada November 2004 dan mengharungi perkembangan karier dengan cepat. Dalam saingan Bundesliga B-17, dia telah mencatat 28 gol daripada 15 perlawanan buat Dortmund. Hebat!

Pietro Tomaselli

Satu lagi produk yang sedang bersama akademi AS Roma. Pemain dari Belgium berusia 13 tahun ini telah mencipta sensasi di alam maya sejak berusia sembilan tahun. Dia memulakan karier mudanya bersama akademi Anderlecht di Belgium tetapi berjaya menarik minat Roma. Ketika ini, dia disebut-sebut baka menggantikan tempat Francesco Totti satu hari nanti. Jelas sekali dia memiliki potensi untuk memenuhi jangkaan itu.

Karamoko Dembele

Sememangnya perlu diakui bahawa begitu banyak nama Dembele dalam dunia bola sepak moden dan Karamoko berpeluang besar untuk mengikut jejak langkah pemain-pemain seperti Moussa dan Ousmane. Karamoko Dembele adalah pemain berusia 15 tahun yang beraksi bersama Celtic. Dia mencipta sensasi pada Oktober 2016, apabila beraksi buat pasukan B-20 ketika berusia 13 tahun. Dikenali dengan aksi lincah di bahagian sayap atau penyerang tengah, dia memiliki naluri mencipta gol yang tinggi. Justeru, Karamoko kini mula mencuri perhatian beberapa pasukan dari England dan Scotland.

Mustafa Kapi

Apabila Karamoko Dembele mencipta sensasi dengan penampilan bersama pasukan yang tujuh tahun lebih tua daripada usianya yang sebenar, Mustafa Kapi juga tidak ketinggalan. Dia melakukan debut bersama pasukan utama Galatasaray ketika berusia 14 tahun. Walaupun hanya tampil dalam aksi persahabatan, pastinya ia satu pencapaian hebat. Kini, dia menjadi nadi utama jentera tengah skuad B-17 Galatasaray pada usia 15 tahun.

Xavi Simons

Mungkin Xavi Simons adalah pemain muda paling paling popular ketika ini. Dia merupakan salah seorang pemain La Masia, akademi Barcelona yang sangat dikenali. Dia memiliki alasan tersendiri untuk mudah dikenali kerana mempunyai gaya rambut kerinting seperti legenda Colombia, Carlos Valderrama. Selain itu, pada usia 14 tahun, Xavi telah mengetuai pasukannya, sama seperti apa yang dilakukan oleh legenda Barca, Xavi. Ya, sebab itu dia dinamakan “The Next Xavi”. Mungkin selepas melihat aksinya di atas padang, jolokan itu amat sesuai dengannya.