Luar Negara Eropah

Mathieu Flamini: Pemain bola sepak dengan nilai kekayaan tertinggi di dunia

Apabila bercakap soal pemain bola sepak paling kaya, tentunya wajah Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang mula-mula muncul di kepala, atau mungkin David Beckham serta pemain yang berkelana di China, Ezequiel Lavezzi.

Tidak, bukan mereka yang memegang status tersebut. Gelaran pemain bola sepak yang memiliki nilai kekayaan paling tinggi ketika ini adalah bekas pemain Arsenal yang kini bersama Getafe, iaitu Mathieu Flamini. Ya, anda tidak tersalah baca tetapi realitinya, dia lebih kaya berbanding Messi, Ronaldo dan Neymar!

Sumber utama kekayaan Flamini adalah perniagaan biokimia yang dijalankan sejak tahun 2008. Menurut Bloomberg, perusahaan itu dinamakan GF Biochemicals dan dicipta bersama rakannya dari Itali, Pasquale Granata. Nama GF sendiri pada syarikat tersebut adalah singkatan daripada Granata dan Flaminoi.

Perniagaan ini dijalankan untuk memperkembangkan daya sumber biokimia yang menjadi pengganti kepada minyak. Daya sumber tersebut dicipta daripada asam levulinic, satu bahan kimia yang dihasilkan daripada beberapa tanaman, bahan plastic serta makanan. Tujuannya adalah untuk mencari pengganti kepada bahan daya sumber yang lain.

Berdasarkan laporan majalah ekonomi terkenal, Forbes, nilai jualan GF Biochemical kini telah mencecah angka USD30 bilion, sekaligus mengatasi kekayaan Beckham (USD492 juta) serta Ronaldo (USD614 juta).

Bagaimanapun, Flamini menegaskan keutamaannya tetap berada pada bola sepak. Pada usia yang mencecah 34 tahun, minatnya terhadap karier sebenarnya itu belum pernah padam.

“Seperti pemain lain, saya mempunyai minat pada perkara lain di luar padang tetapi bola sepak tetap keutamaan saya. Saya mencintainya, bermain sejak berusia enam tahun. Saya tetap ghairah dan apabila meraih peluang beraksi di Sepanyol, saya ingin mencuba perkara baru. Getafe memberikan peluang buat saya,” kata pemain dari Perancis ini.

Pastinya, Flamini kini sudah menuju ke penghujung karier bola sepak tetapi dia tidak perlu pening memikirkan ke mana arah tuju hidupnya selepas bersara. Berbekalkan pemain nilai kekayaan yang mencecah bilion dollar, tentunya masa depan Flamini sudah terjamin.