Luar Negara Eropah

Ini peluang anda untuk menyaksikan perlawanan Real Madrid vs Atletico Madrid di Sepanyol

Perlawanan ‘derby’ merupakan antara saat yang dinanti-nantikan oleh setiap penyokong bolasepak, terutamanya apabila perlawanan tersebut melibatkan dua pasukan gergasi seperti Manchester United dan Liverpool, Inter Milan dan AC Milan, Real Madrid dan Barcelona ataupun Atletico Madrid dan Real Madrid!

Jika anda seorang penyokong Real Madrid ataupun Atletico Madrid, ini peluang anda untuk menyaksikan perlawanan El Derbi di Santiago Bernabeu pada bulan April akan datang.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda menyertai peraduan ini!

1) Daftar sekarang di: https://www.laliga.es/en/derbis

2) Pilih pasukan kegemaran anda

3) Tekan ‘butang’ submit!

Sekiranya dipilih sebagai pemenang, anda akan memenangi pakej yang mengandungi tiket perlawanan, hotel penginapan dan juga tiket penerbangan untuk dua orang!

Peringatan: Peraduan ini akan tamat pada jam 2.00 petang pada 1/4/2018