Liga Super Malaysia Berita

Bubbles O2 jalin kerjasama dengan MFL untuk tahun kedua

Bubbles O2 Sdn Bhd (Bubbles O2) sekali lagi menjalin kerjasama dengan MFL untuk tahun kedua berturut-turut.
Ini menjadikan Bubbles O2 sebagai penaja Air Mineral Beroksigen Semulajadi kepada MFL, meliputi kejohanan utama termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Di bawah kerjasama ini, Bubbles O2 akan memberikan sumbangan penajaan yang besar, termasuk sokongan kewangan dan penajaan air mineral kepada MFL dan semua kelab yang terlibat.

“Kerjasama ini memberikan peluang untuk kami berhubung dengan peminat bola sepak di seluruh Malaysia dan mempromosikan gaya hidup sihat,” kata Ain Azizah selaku Pengarah Urusan Bubbles O2.

“Kami berharap dapat memanfaatkan perkongsian ini untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat peminat.”

Perjanjian yang ditandatangani ini merangkumi pelbagai faedah penajaan, termasuk penguasaan jenama merentas pelbagai platform, barangan jenama bersama, aktiviti pada hari perlawanan dan promosi digital serta memastikan pendedahan meluas untuk kedua-dua pihak MFL dan Bubbles O2 sepanjang tempoh kerjasama ini.

“Pada musim pertama, Bubbles O2 telah membuktikan sebagai jenama tempatan, mereka berjaya melebarkan sayap lebih luas di pentas tertinggi Liga Malaysia dan memberi impak positif kepada seluruh negara,” kata Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

“Jadi, saya berharap kerjasama untuk musim kedua ini dapat memberikan kelebihan berterusan dalam mendidik orang ramai tentang gaya hidup sihat menerusi air mineral beroksigen semulajadi Bubbles O2 ini.”