Liga Super Malaysia

Sarawak akan menentang Persebaya dalam perlawanan persahabatan

Bajul Ijo vs Bujang Senang. Buaya vs Buaya.

Pasukan Liga Premier Malaysia, Sarawak akan bertandang ke Surabaya bagi menghadiri satu perlawanan persahabatan menentang kelab Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya.

Perlawanan ‘Blessing Game’ ini akan diadakan pada 18 Mac ini di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.

Menurut Presiden Persebaya, Azrul Ananda, perlawanan ini akan berlangsung bersama acara doa selamat bagi mendoakan kejayaan Persebaya di Liga 1 Indonesia dan Piala Indonesia.

Persebaya pada asalnya mahu menjemput pasukan Selangor untuk perlawanan persahabatan ini, tetapi disebabkan jadual padat Selangor yang sedang mengharungi Liga Super, maka pasukan Sarawak yang menjadi pengganti buat The Red Giants.

Kalau dilihat dari segi kedudukan kedua-dua pasukan dalam liga masing-masing, perlawanan ini pastinya menarik. Ditambah pula dengan kedua-dua pasukan menggunakan buaya sebagai maskot pasukan.

Adakah Bujang Senang akan mengganas di Surabaya? Atau Bajul Ijo akan menundukkan Raja Sungai Rajang ini?