Berita Luar Negara

Rangkuman J-League: Sanfrecce raih mata kesembilan, Gamba tunduk di Todoroki

Sanfrecce Hiroshima meneruskan rentak cemerlang bagi saingan Meiji Yasuda Liga J1 2018 sementara tiga pasukan utama terus gagal mencipta kemenangan susulan pertukaran pengurus ketika luar musim.

Juara tiga kali, Sanfrecce, meletakkan diri ke puncak liga selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers. Selepas Takuya Wada menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-51, Mu Kanazaki berpeluang untuk meyamakan kedudukan menerusi sepakan penalty tetapi Takuyo Hayashi menafikan tendangan itu di atas garisan gol.

Juara bertahan, Kawasaki Frontale, pula membuat Gamba Osaka berputih mata selepas jaringan Eduardo Neto dan Akihiro Lenaga membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-0., meneruskan rentetan aksi tanpa kemenangan buat Gamba kepada 17 perlawanan rasmi.

Bekas pengurus mereka, Kenta Hasegawa, juga memerlukan tonik baru selepas skuad kendaliannya, FC Tokyo, tunduk 2-0 di tangan Jubilo Iwata. Shunsuke Nakamura membuka ruang buat Adailton mencatat gol pertama pada minit ke-52, sebelum pemain dari Brazil itu melakukan larian bagi membolehkan bintang Uzbekistan, Fozil Musayev, melebarkan kedudukan ketika aksi berbaki seminit.. Kemenangan itu adalah yang pertama buat Jubilo, sementara Tokyo sekadar mengutp satu mata daripada tiga perlawanan.

Keputusan 1-1 antara Kashiwa Reysol dan Cerezo Osaka diselitkan dengan kontroversi apabila penjaga gol Cerezo, Kim Jin-Hyeon mendakwa dia diejek isu perkauman oleh penyokong tuan rumah. Selepas pengadil perlawanan mengawal keadaan dan menerusikan aksi, penjaga gol Reysol, Hidekazu Otani, terpaksa pergi ke belakang gol untuk menenangkan penyokong fanatik, tiga minit kemudian. Bagaimanapun, siasatan awal gagal mengenal pasti punca kepada insiden itu.

Aksi pada Ahad antara pasukan yang baru dinaikkan, Shonan Bellmare dan Nagoya Grampus, berakhir tanpa jaringan, membolehkan tuan rumah muncul pasukan pertama mengekalkan kubu tanpa dibolosi ketika menentang Grampus.

Perlawanan keempat J1 akan bersambung pada 18 Mac, ekoran aksi Liga Juara-Juara Asia dan Piala Levain pada pertengahan minggu ini.

 

Keputusan penuh perlawanan ketiga Liga J1

Kawasaki Frontale 2-0 Gamba Osaka

Yokohama F. Marinos 1-2 Sagan Tosu

Vegalta Sendai 1-1 Vissel Kobe

V-Varen Nagasaki 1-1 Urawa Reds

Kashima Antlers 0-1 Sanfrecce Hiroshima

Kashiwa Reysol 1-1 Cerezo Osaka

Jubilo Iwata 2-0 FC Tokyo

Consadole Sapporo 1-3 Shimizu S-Pulse

Shonan Bellmare 0-0 Nagoya Grampus