Luar Negara Berita

Major League Soccer akan siarkan perlawanan bola sepak di Twitter

Dalam dunia yang dikuasai media sosial zaman sekarang, semuanya sudah berubah. Sebaran informasi lebih pantas dan semua benda perlu bergerak selaras dengan media sosial. Termasuk bolasepak.

Liga Bolasepak Amerika Syarikat (MLS) telah mengumumkan perjanjian tiga tahun dengan Twitter untuk menyiarkan perlawanan mingguan dan kandungan tambahan, termasuk program khas untuk pasukan, pemain dan serta siaran babak menarik dalam perlawanan termasuk perlawanan All Star.

Perjanjian ini termasuk penyiaran sekurang-kurangnya 25 perlawanan yang diterbitkan oleh Univision untuk penonton berbangsa Sepanyol yang kini akan juga termasuk siaran berbahasa Inggeris di Twitter yang diterbitkan oleh satu syarikat di Miami. Semua perlawanan boleh ditonton menerusi akan Twitter @UnivisionSports dan @MLS . Facebook juga pernah menyiarkan perlawanan MLS secara langsung pada tahun lalu.

Pakej MLS ini akan bermula pada hari Sabtu ini dengan perlawanan di antara Real Salt Lake dan LAFC. Perlawanan seterusnya adalah pada Sabtu depan di antara NYCFC dan Orlando.

Siaran perlawanan bolasepak kini semakin mudah diakses. Buat masa ini, di Malaysia kita menggunakan siaran tv, iflix dan Unifi TV. Mungkin di masa hadapan kita juga mampu menyiarkan perlawanan di media sosial, tetapi bukan seperti membuat live streaming menggunakan telefon pintar sendiri di stadium. Tetapi satu siaran bermutu tinggi yang pastinya lebih mudah untuk diakses menggunakan media sosial sendiri dan percuma.