Luar Negara

Manchester United mahu bawa anak Patrick Kluivert ke Old Trafford

Nampaknya Jose Mourinho dan Manchester United sudah mula merancang untuk musim hadapan.

Terbaru, bintang muda Ajax Amsterdam, Justin Kluivert dikatakan akan menyertai Red Devils pada musim hadapan dengan bayaran perpindahan bernilai £10 juta.

KENAL SEJAK KECIL

Jose Mourinho dikhabarkan telah lama mensasarkan anak kepada bekas bintang Belanda, Patrick Kluivert, dan ada rakaman video yang menunjukkan pengurus Manchester United itu berbual dengan pemain muda itu selepas perlawanan akhir Piala Europa musim lalu.

Pengurus berbangsa Portugis itu dikatakan telah mengenali Justin sejak kecil kerana pemain tersebut sering menghadiri perlawanan melibatkan Barcelona ketika ayahnya beraksi dan Mourinho bertugas sebagai pembantu jurulatih pasukan itu.

BANTU BAHAGIAN SERANGAN UNITED

Justin membuat penampilan pertama untuk Ajax ketika berusia 17 tahun dan kini telah menjaringkan lapan gol dari 42 penampilan bersama skuad utama.

Manchester United setakat ini telah mempunyai ramai pemain di bahagian serangan seperti Romelu Lukaku, Marcus Rashford, Anthony Martial, Zlatan Ibrahimovic dan terbaru, Alexis Sanchez yang dibawa masuk dari Arsenal.