Luar Negara

Pergaduhan di antara Pogba dan Mourinho punca United tewas di tangan Spurs?

Penampilan pertama Alexis Sanchez untuk Manchester United di pentas Liga Perdana Inggeris berakhir dengan kekalahan 0-2 di tangan Tottenham Hotspur pagi tadi.

Christian Eriksen membuka tirai jaringan seawal minit pertama untuk memberi Spurs kelebihan 1-0 sebelum gol sendiri yang dijaringkan oleh Phil Jones pada minit ke-28 menjadikan skor perlawanan 0-2.

United cuba bangkit kembali di babak kedua, namun kegagalan United mengawal tempo permainan di bahagian tengah, akhirnya membenarkan Spurs meraih kemenangan yang selesa di Wembley.

Di pertengahan babak kedua, Jose Mourinho membuat keputusan untuk mengeluarkan Paul Pogba – antara pemain paling berkebolehan dalam skuad United. Tetapi, menurut laporan media UK, keputusan tersebut dibuat selepas Pogba enggan mematuhi arahan taktikal yang diberikan oleh Mourinho.

Video di atas menunjukkan pertelingkahan yang berlaku di antara kedua-dua individu, sebelum Fellaini dibawa masuk untuk menggantikan Pogba.