Luar Negara Eropah

Live Streaming Serie A: Juvents vs Udinese

Juventus mempunyai peluang yang cukup bagus untuk menjadi pendahulu Serie A malam ini, apabila mereka turun berentap dengan Udinese di Allianz Stadium.

Napoli berdepan dengan cabaran yang sengit menentang Inter Milan malam ini, dan sekiranya mereka gagal meraih tiga mata, Juventus boleh menjadi pendahulu Serie A dengan kemenangan ke atas Udinese.

Skuad Massimiliano Allegri akan turun beraksi dengan tahap keyakinan yang tinggi, selepas berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu lepas. Biarpun Spurs mendominasi perlawanan tersebut, Juve kekal tenang dan mencipta comeback pada babak kedua melalui jaringan Gonzalo Higuain dan Paolo Dybala.

Kedua-dua pemain dijangka akan diturunkan sekali lagi malam ini. Menurut calciomercato.com, Allegri merancang untuk menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini, dengan Higuain, Dybala, Mandzukic dan Douglas Costa mengemudi jentera serangan mereka.

Di bahagian belakang pula, Mattia De Sciglio, Kwadwo Asamoah, Giorgio Chiellini dan Daniele Rugani dijangka bermain, kerana Alex Sandro dan Stephan Lichtsteiner digantung daripada bermain malam ini.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan ini, sila klik pautan berikut:

SportsFix: Juventus vs Udinese