Malaysia Liga Super Malaysia

unifi Liga Super 2018: Senarai penuh siaran langsung untuk Matchday 5

Selepas memberi ruang kepada pusingan kedua Piala FA minggu lepas, aksi unifi Liga Super Malaysia akan kembali pada hujung minggu ini dengan enam perlawanan menarik pada hari Jumaat hingga Ahad.

Pendahulu liga, Johor DT akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk bertembung dengan skuad Penyu, yang masih mempunyai rekod belum tewas di pentas Liga Super.

Perak akan turun berentap dengan Selangor dalam perlawanan yang akan menyaksikan Mehmet Durakovic dan Rob Cornthwaite bertemu dengan bekas pasukan mereka. Kuala Lumpur pula akan cuba mencetus kebangkitan apabila menjadi hos kepada pasukan Kedah yang dikendalikan oleh Ramon Marcote.

Berikut adalah senarai penuh siaran langsung untuk Matchday 5 unifi Liga Super 2018!

 

Perlawanan: PKNS FC VS KELANTAN
Tarikh: 9 Mac (Jumaat)
Saluran: unifiTV / Football Malaysia @ iflix

 

 

Perlawanan: TERENGGANU FC I VS JOHOR DARUL TA'ZIM
Tarikh: 10 Mac (Sabtu)
Saluran: TV9 / Football Malaysia @ iflix

 

Perlawanan: PAHANG FC VS NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 10 Mac (Sabtu)
Saluran: Football Malaysia @ iflix

 

Perlawanan: KUALA LUMPUR VS KEDAH
Tarikh: 10 Mac (Sabtu)
Saluran: TVi / Football Malaysia @ iflix

 

Perlawanan: PERAK VS SELANGOR
Tarikh: 11 Mac (Ahad)
Saluran: unifiTV / Football Malaysia @ iflix

 

Perlawanan: MELAKA UNITED VS PKNP FC
Tarikh: 11 Mac (Ahad)
Saluran: Football Malaysia @ iflix