Luar Negara

Live Streaming Thai Premier League: Chainat Hornbill vs Buriram United

Buriram United akan berkunjung ke Stadium Khao Plong untuk menentang pasukan Chainat Hornbill dalam aksi Thai Premier League malam ini.

Dengan Sukhothai FC dan Port FC mengekalkan rekod 100% mereka malam semalam, Buriram perlu meraih tiga mata malam ini untuk meneruskan persaingan sengit dengan kedua-dua kelab tersebut.

Buriram akan memasuki perlawanan ini hanya beberapa hari selepas tewas 0-2 di tangan Jeju United. Meskipun bermain sebagai pasukan tuan rumah, anak buah Bozidar Bandovic gagal mereplikasikan persembahan yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan pasukan gergasi China, Guangzhou Evergrande, minggu lepas.

Namun malam ini, mereka akan berdepan dengan sebuah pasukan yang masih belum meraih tiga mata di pentas Thai Premier League. Selepas seri 0-0 menentang Suphanburi di perlawanan pertama, Chainat Hornbill tewas 1-4 di tangan Pattaya United minggu lepas.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan ini, sila klik pautan berikut:

SportsFix: Chainat Hornbill vs Buriram United