Malaysia

PKNS platform ‘reunion’ bekas bintang import Kedah?

Selepas berjaya mengikat Zac Anderson minggu lepas, PKNS dikatakan sedang berunding dengan seorang lagi bekas pemain import Kedah, Ken Ilso untuk musim 2018.

Bekas pemain Fortuna Dusseldorf itu masih belum menyertai mana-mana kelab sejak meninggalkan Kedah pada hujung musim lepas. Namun menurut laporan Arena Metro, penyerang Denmark itu mungkin akan disatukan semula dengan rakan karibnya di Kedah, Zac Anderson.

“Saya difahamkan Ken Ilso berada dalam perhatian PKNS FC. Namun ketika ini difahamkan kedua-dua pihak sedang melakukan rundingan,” kata seorang sumber kepada Arena Metro.

Atas kertas, Ken merupakan pilihan yang bagus untuk mengemudi jentera serangan PKNS, kerana dia sudah membiasakan diri dengan pentas Liga Super. Malah, persahabatan di antara Ken dan Zac juga boleh memberi impak yang besar di dalam bilik persalinan PKNS.

Musim lepas, berjaya menjaringkan 21 gol dalam 26 perlawanan untuk Kedah sepanjang 2017, sekaligus membantu mereka memenangi Piala FA dan mara ke final Piala Malaysia.