Piala Malaysia Berita

Ken Ilso dedahkan ‘senjata rahsia’ untuk final Piala Malaysia

Senjata rahsia?

Pasukan Kedah sememangnya mempunyai cukup kualiti untuk menewaskan Johor DT dalam final Piala Malaysia pada hujung minggu ini. Namun, mereka akan mempunyai satu lagi senjata ‘istimewa’ apabila mereka turun padang di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu.

Penyerang utama Kedah, Ken Ilso telah mendedahkan ritual istimewanya untuk setiap perlawanan bolasepak – seluar dalam. Menurut laporan Arena Metro, Ilso berkata bahawa dia hanya menggunakan satu seluar dalam untuk setiap perlawanan Kedah sepanjang musim ini dan berharap untuk menggunakan seluar dalam tersebut pada hari final nanti.

“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukannya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya,” ujar Ilso.

“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah. “Saya tahu Piala Malaysia adalah satu kejohanan yang begitu besar. Justeru, kami akan turun dengan kesebelasan utama yang terbaik dalam usaha menumbangkan JDT,” tambah Ilso.

Apa ramalan anda untuk perlawanan final ini? Siapa yang bakal menjuarai Piala Malaysia edisi tahun 2018?