Malaysia

FAM didenda oleh AFC kerana chant ‘Singapura Anjing’ oleh penyokong Malaysia

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah secara rasmi mengumukan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dikenakan denda atas sebab kesalahan penyokong pada bulan Ogos lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi mereka, AFC berkata bahawa FAM telah dikenakan denda berjumlah AS$42,500 (atau RM179,732) selepas penyokong Malaysia menyanyikan chant yang menghina pasukan Brunei dan Singapura ketika Sukan SEA 2017.

Insiden tersebut memang diketahui ramai selepas video yang menunjukkan segelintir penyokong Malaysia menyanyikan chant “Kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, Anjing Brunei patut dibunuh” dan juga chant “Singapura anjing, Singapura anjing, Singapura anjing” menjadi viral.

Namun, insiden ini yang membawa denda sebanyak AS$30,000 (atau RM126,870) untuk FAM. Dua lagi kesalahan adalah insiden pembakaran mercun pada penghujung perlawanan Malaysia menentang Indonesia dan juga insiden pembalingan botol oleh penyokong Malaysia, apabila Indonesia turun padang menentang Kemboja.

Apa pandangan anda tentang denda ini?