Malaysia Piala Malaysia

Cara untuk anda dapatkan tiket final Piala Malaysia di antara JDT dan Kedah

Penyokong JDT dan Kedah, berita ini untuk anda!

FMLLP telah secara rasmi umukan pengagihan tiket serta cara untuk mendapatkan tiket bagi final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’azim dan Kedah.

TARIKH FINAL?

Final Piala Malaysia akan berlangsung pada hari Sabtu, 4 November 2017 di Stadium Shah Alam.

JUMLAH TIKET?

Sejumlah 71,500 tiket akan disediakan untuk perlawanan ini. 30,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak akan diedarkan kepada setiap kelab untuk dijual di kaunter tiket stadium masing-masing. Baki 10,000 tiket akan diperuntukkan untuk pembelian atas talian.

HARGA TIKET?

Harga tiket dewasa telah ditetapkan pada RM50 sekeping, manakala harga tiket kanak-kanak pula ditetapkan pada RM5 sekeping.

LOKASI PEMBELIAN?

Anda boleh membeli tiket final di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar dan juga Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Bahru.

TARIKH PEMBELIAN?

Kaunter tiket di kedua-dua stadium akan mula beroperasi pada 1hb November dan tiket akan mula dijual pada jam 9.00AM.

Kredit Foto: ESPN FC

TIKET ATAS TALIAN?

Pembelian atas talian akan dijalankan menerusi www.tickethotline.com.my. 4,000 tiket akan diperuntukkan untuk penyokong Kedah dan 4,000 untuk penyokong JDT. Baki 2,000 tiket akan diperuntukkan untuk penyokong neutral. Untuk tujuan pengesahan, setiap pembelian perlu disahkan dengan kod kad pengenalan masing-masing.

TARIKH PEMBELIAN ATAS TALIAN?

Anda boleh membeli tiket secara atas talian pada laman sesawang Ticket Pro pada 30hb Oktober,  jam 10.00AM. Hanya empat tiket akan dibenarkan untuk setiap transaksi.

CARA MENEBUS TIKET?

Jika anda membeli tiket secara atas talian, anda boleh menebus tiket di dua lokasi. Pertama, anda boleh menebus tiket di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1hb hingga 3hb November. Kaunter akan dibuka dari jam 10.00AM hingga 6.00PM. Lokasi kedua untuk anda menebus tiket adalah pada hari perlawanan di Kuadran C, Stadium Shah Alam. Kaunter tersebut akan dibuka dari jam 10.00AM hingga 6.00PM.

JIKA TIDAK DAPAT MEMBELI TIKET?

Kami faham. Ini final Piala Malaysia dan atmosfera dalam perlawanan seperti ini memang tidak boleh dapat di tempat lain. Namun, jika anda tidak berjaya mendapatkan tiket, masih banyak lagi pilihan untuk anda menyaksikan perlawanan ini. Sudah pasti banyak akan ada banyak lokasi yang menayangkan perlawanan ini menggunakan skrin besar. Malah, anda juga boleh mengajak rakan-rakan untuk menyaksikan perlawanan ini di rumah.

Katakan tidak kepada sebarang unsur keganasan! Katakan tidak kepada ulat tiket!