Luar Negara

Gegenpressing? – Saksikan video Andrew Robertson menekan pertahanan City

Gegenpressing.

Itu istilah yang selalu dengar apabila bercakap tentang Liverpool dan Jurgen Klopp. Itu juga merupakan corak taktikal yang sering dipraktikan oleh Klopp, ketika beliau berada di Borussia Dortmund dan kini Liverpool. Tidak kisah siapa lawan mereka, setiap skuad Klopp akan menekan pemain lawan dengan agresif.

Malam semalam, Liverpool berjaya mengunakan corak taktikal ini untuk mengekang Manchester City dan menewaskan mereka 4-3, sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Pep Guardiola. Dari minit pertama, Liverpool menekan pertahanan City dan tidak memberi sebarang ruang kepada tonggak-tonggak utama seperti Kevin de Bruyne, Sergio Aguero dan juga Raheem Sterling.

Trio tengah Liverpool, iaitu Emre Can, Gini Wijnaldum dan juga Alex-Oxlade Chamberlain menunjukkan tahap kesungguhan yang cukup tinggi untuk mendominasi bahagian tengah, namun satu lagi pemain Liverpool yang turut menarik perhatian ramai adalah Andrew Robertson.

Dia bukan sahaja memperkasakan bahagian pertahanan Liverpool, malah Robertson turut membantu mereka di bahagian serangan, terutamanya dalam situasi ‘counter-attack’. Tetapi perkara yang paling menarik tentang persembahannya adalah cara dia mempraktikkan falsafah Klopp di atas padang.

Saksikan video Robertson menekan pertahanan Manchester City di bawah!