Luar Negara

Chelsea tekad mahu bawa bintang Bayern ke Stamford Bridge

Chelsea dilaporkan berminat untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka pada bulan ini dan bintang Bayern Munich, Arturo Vidal merupakan pilihan utama Antonio Conte.

Pemain tengah itu masih mempunyai kontrak bersama Bayern sehingga 2019 namun menurut laporan Bild, pihak pengurusan Chelsea optimistik bahawa Bayern akan melepaskan Vidal sekiranya tawaran mereka cukup lumayan.

Walaupun berjaya membawa masuk Timoue Bakayoko dan Danny Drinkwater, skuad Chelsea ini masih merindui kestabilan yang dibawa oleh Nemanja Matic – pemain yang dijual ke Manchester United pada musim panas lalu.

Conte melihat Vidal sebagai pemain yang paling sesuai untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Matic di bahagian tengah. Ketua jurulatih yang berasal daripada Itali ini turut pernah melatih Vidal di Juventus sebelum ini.

Setakat ini, Vidal sudah berjaya menjaringkan lima gol dan mencatat dua ‘assist’ dalam 14 penampilan dalam saingan Bundesliga.