Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Analisis: Kisah dongeng Iceland tamat, Croatia sedia hadapi saingan kalah mati

Iceland kali ini turun berhadapan Croatia yang telah disahkan mara ke peringkat 16 terakhir. Mereka perlu mencatatkan kemenangan untuk membolehkan mereka mengiringi Croatia ke saingan kalah mati.

Bermula awal permainan lagi mereka telah mengasak Croatia. Lovre Kalinic dan rakan-rakan sepasukan yang lain terpaksa menghadapi serangan bertali arus skuad Vikings. Walaupun diturunkan dengan status ‘second team’, pemain Croatia tetap mempunyai kualiti untuk bersaing dalam pentas Piala Dunia.

Tamat masa perlawanan, Croatia berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Iceland. Skuad Vikings terpaksa berputih mata dan akur terhadap kehebatan pasukan Croatia yang menang ketiga-ketiga perlawanan peringkat kumpulan dengan mengutip 9 mata penuh.

Berikut adalah beberapa pemerhatian kami sepanjang perlawanan ini: