Luar Negara Berita

Diego Forlan bongkar perangai Cristiano Ronaldo dalam bilik persalinan

Diego Forlan, lagenda bola sepak Uruguay dan juga pemain terbaik Atletico Madrid pernah bermain dengan beberapa pemain termasuklah dengan David Beckham dan Cristiano Ronaldo ketika beliau menyarung jersi Manchester United.

Bekas pemain United telah bercakap kepada The Mirror bahawa kedua-dua pemain ini mempunyai watak yang berbeza.

“Ronaldo adalah seseorang yang sombong  di bilik persalinan, tidak seperti Beckham,” kata Forlan dalam temu bual dengan The Mirror.

“Ronaldo selalu mahu melihat cermin.

“Dia menghabiskan sepanjang hari melihat cermin.”

Diego Forlan menghabiskan masanya di United dari 2002 sehinggalah ke 2004.

Beliau turut membantu United memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, karier beliau di United tidak bertahan lama selepas beliau menyertai Villarreal pada tahun berikutnya.