Luar Negara Berita

Pogba jadi punca…

Paul Pogba menjadi punca Manchester United gagal mencatat kemenangan ke dua dalam aksi Liga Perdana Inggeris apabila United di tahan dengan keputusan seri, 1-1 oleh Wolves.

Anthony Martial menjaringkan gol kedua peribadi beliau untuk meletakkan United dihadapan pada minit ke-27, tetapi Ruben Neves berjaya menyamakan kedudukan dengan tendangan cantik dari luar kotak penalti selepas separuh masa kedua.

Pogba mempunyai peluang untuk memberi tiga mata berharga buat United tetapi sepakan penalti pemain Perancis mudah diselamatkan oleh Rui Patricio pada minit ke-67.

Selepas perlawanan tamat, terdapat debat yang mempersoalkan siapa yang sepatutnya yang mengambil sepakan penalti, Rashford atau Pogba.

Dengan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer tampil mempertahankan Pogba biarpun ramai yang mengkritik pilihan tersebut.

“Saya fikir Pogba mungkin pemain yang sepatutnya mengambil penalti dan Rashford telah mengambil tugas itu daripada Pogba minggu lalu.

“Dan ia menyebabkan masalah minggu ini. Ini tidak betul. Kami tidak datang ke udara malam ini dan bertanya antara satu sama lain ; apa yang akan kita lakukan – kami membuat keputusan sebelum kami pergi.

“Mereka harus membuat keputusan di bilik persalinan – ia memalukan.” Kata Garry Neville selepas perlawanan.