Liga Super Malaysia

Stadium Capacity Utilisation: Apa Kepentingan Perkara Ini Untuk Sebuah Pasukan Bola Sepak

Stadium Capacity Utilisation: Apa yang dimaksudkan dengan ‘capacity utilisation’?

‘Capacity Utilisation’ ini merupakan suatu indikator kepada kehadiran penonton ke stadium relatif kepada kapasiti sesebuah stadium itu. Atau dengan bahasa lebih mudah, ia merupakan kadar peratusan kehadiran penonton ke stadium untuk sesuatu perlawanan rasmi.

Berapakah ‘Stadium Capacity Utilisation’ untuk pasukan Liga Super 2016?

Berdasarkan maklumat kehadiran penonton ke stadium yang telah dikumpulkan oleh Sistem Pengurusan Bola Sepak Malaysia ( SPBM ), pasukan Johor Darul Ta’zim mencatatkan stadium utilisation tertinggi dalam sesuatu perlawanan sepanjang Liga Super 2016 – 89.33%, ketika bertemu Selangor dalam perlawanan pertama di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Manakala, PDRM mencatat 0.38% ‘Stadium Capacity Utilisation’ dan merupakan angka terendah dalam semua perlawanan Liga Super 2016. PDRM menggunakan Stadium Hang Jebat sebagai ‘home’ mereka musim lalu. Ia sememangnya dijangka begitu kerana kewujudan pasukan yang tidak mempunyai ‘fan base’ ini merupakan faktor utama kepada rendahnya kehadiran penonton ke stadium.

Terdapat 4 perlawanan yang mempunyai utilisation melebihi 80% bagi setiap perlawanan sepanjang musim Liga Super 2016.

  1. Johor Darul Ta’zim vs Selangor – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos 89.33%
  2. Kelantan vs Selangor – Stadium Sultan Muhammad IV 80.24%
  3. Johor Darul Ta’zim vs Terengganu – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos 80.73%
  4. Johor Darul Ta’zim vs T-Team – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos 80.93%

Agak mengecewakan untuk melihat masih ada stadium yang mempunyai utilisation tidak sampai 1% untuk sesuatu perlawanan musim lalu, terutamanya apabila ia melibatkan pasukan negeri. 4 perlawanan yang mempunyai Stadium Capacity Utilisation bawah 1% adalah:

  1. PDRM vs Perak – Stadium Hang Jebat 0.75%
  2. T-Team vs Sarawak – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah  0.86%
  3. PDRM vs T-Team – Stadium Hang Jebat 0.38%
  4. Terengganu vs Pahang FC – Stadium Sultan Mizan 0.84%

Secara purata bagi semua perlawanan untuk setiap pasukan, hanya Johor Darul Ta’zim yang mampu melepasi 50% utilisation, dengan catatan 58.18%. Bermakna, bagi setiap perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, lebih separuh kapasiti stadium akan dipenuhi oleh penyokong Johor Darul Ta’zim.

Apa Kepentingan Stadium Utilisation Kepada Pasukan ?

1. Revenue Management / Pengurusan Perolehan

Berdasarkan data seperti ini, pihak pengurusan kelab atau pasukan akan mempunyai ‘view’ yang lebih jelas mengenai bagaimana mereka mampu untuk merancang program serta aktiviti bagi menarik penonton ke stadium. Ini adalah revenue stream yang utama selain daripada penaja-penaja utama pasukan.

Kegagalan untuk membaca ‘utilisation growth’ ini akan menyebabkan kerugian besar kepada pasukan. Pihak pengurusan tidak boleh hanya sekadar melihat kepada jumlah penonton yang hadir dan merasa selesa, tetapi perlu melihat kepada ‘kemampuan’ stadium mereka yang sebenarnya untuk memaksimakan kapasiti.

2. Space Management / Pengurusan Ruang 

Apabila pihak kelab mempunyai kebolehan untuk membaca utilisation ini, mereka akan tahu setakat mana bilangan penyokong yang hadir bagi setiap musim. Jika mereka mendapati penonton hanya hadir sekitar 70% dari keseluruhan kapasiti stadium, baki 30% ruang lagi boleh digunakan untuk perkara lain yang mampu membawa revenue kepada pasukan.

Sebagai contoh, 30% ruang yang tidak digunakan itu boleh diubahsuai menjadi ruangan khas penaja, menambah bilangan kapasiti pas bermusim, membina club suites dan lain lain yang mampu menjana revenue baru kepada pasukan. Be creative!

Mereka juga mampu untuk membuat kawasan tempat duduk mengikut zon harga yang berbeza bagi memaksimakan revenue seperti contoh dibawah.

 

3. Maximize Opportunity – Greater commercial income / Maksimakan Peluang – Lebih Pendapatan Komersil

Dengan wujudnya data ini, pihak kelab atau pun stadium mampu merancang untuk mempelbagaikan lagi peluang dan ruang stadium.

Sebuah ‘efficiently structured stadia’ akan membantu untuk menampung banyak peluang yang muncul dan akan menarik minat para penaja dan ‘partners’ untuk bekerjasama bagi kebaikan kedua belah pihak dengan menggunakan bola sepak sebagai medium.

 

4. Competitive Advantage From Better Data And Industry Insights 

Data ini cukup penting jika sesebuah pasukan itu berminat untuk mengetahui bagaimana pendapatan mereka boleh ditingkatkan melalui ‘insights’ stadium utilisation. Selain itu, jika semua pasukan dalam Liga Super mempunyai data ini, kita mampu menilai bagaimana ‘value’ liga kita sebenarnya selain menjadi rujukan kepada orang luar yang mungkin berminat untuk bekerjasama.

Dalam keadaan sekarang, jika seseorang yang berpotensi untuk menwarkan diri sebagai partners atau penaja liga, mungkin mereka akan ‘request’ data seperti ini untuk menilai, berapakah value yang sepatutnya mereka laburkan dan bukan hanya sekadar membuat penilaian berdasarkan mata kasar sahaja.

5.Powerful information to influence key shareholders / Maklumat Penting Untuk Meyakinkan Shareholder 

Kami bertanyakan perkara ini kepada CEO Shoot & Score dan Shah Alam Antlers FC, Ahmad Yani untuk perspektif lebih jelas.

Pertama kita kena lihat perbelanjaan : Fixed costs akan kekal sama tidak kiralah berapa pencapaian output. Ini bermakna fixed costs will remain the same whether capacity stadium is 50% or 100%.

Perbelanjaan sesebuah kelab bolasepak adalah besar, gaji pemain yang tinggi ( large fixed costs). Apa kesan capacity on the fixed costs?

Kalau fixed cost RM200,000 seminggu stadium kapasiti 20ribu dan tiket dijual dengan RM10 maka bolehlah ia menampung fixed cost. Kalau stadium separuh penuh selalu maka tiket perlu dinaikkan kepada RM20 untuk menanggung kos. Di Malaysia terus terang agak huru hara bab ni.

Gambaran ini sudah cukup rasanya untuk highlight bahawa Stadium Capacity Utilization amat amat penting untuk sesebuah pasukan.
Bukan sekadar sekiranya stadium penuh membantu dana kelab , ia juga naikkan value advertising space di kawasan stadium dah naikkan brand equity pasukan itu sendiri dimana akan lebih mudah bagi sales team untuk menarik sponsors dan sebagainya.

In short, capacity utilization adalah sangat penting bukan sahaja kerana extra money it generates to fund the team, tapi juga kerana ia membuatkan the spectacle more attractive.

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Kami hanya mahu melihat 2 perkara ini dibuat bagi sebelum meneruskan kepada perkara lain. Ini penting kerana ia mampu membantu pasukan untuk ‘monitor’ perkara seperti ‘space management’ dan ‘crowd behaviour’.

1. Stadium Yang Mempunyai Kerusi

Pengurusan pasukan boleh melihat dengan jelas ‘heat map’ yang paling laku keras seterusnya membuat keputusan penting untuk memaksimakan perolehan.

2. Penjualan Tiket Yang Efisien

Penjualan tiket mengikut zon yang ditetapkan membolehkan pengurusan lebih jelas mengenai space management.

Walaupun perkara ini masih belum mendapat perhatian majoriti pengurusan kelab atau pasukan, namun ia cukup kritikal jika kita memang berhasrat untuk melihat liga kita lebih maju dimasa hadapan dan bukan sekadar menjadi satu platform meraih ‘simpati’ dari penyokong untuk political mileage semata-mata.

Ianya jauh lebih dari itu.