Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

Walaupun hanya berumur 19 tahun apabila dia meninggalkan Kyoto Sanga di Jepun untuk menyertai BSC Young Boys di Switzerland, Yuya Kubo telah berkembang menjadi seorang penyerang yang prolifik dalam masa empat tahun. Pada awal tahun ini, Kubo berhijrah ke Gent dan berjaya menjaringkan lima gol dalam tujuh penampilan pertama buat kelab yang berpangkal di Belgium itu. Dia turut mencatat enam gol dalam play-off Jupiler Pro League. Kubo kemudian membawa momentum itu ke musim 2017-18, di mana dia berjaya meledak enam gol dalam 19 perlawanan setakat ini.

Selain itu, Kubo turut menunjukkan potensi yang bagus bersama pasukan kebangsaan Jepun selepas berjaya mencatat dua gol pertama di peringkat antarabangsa pada bulan Mac lalu. Kebolehan yang ditunjukkan oleh Kubo sepanjang 2017 telah meletakkan namanya di bibir peminat bolasepak Jepun namun dia masih perlu meneruskan pembangunan di tahap yang lebih tinggi.