Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

2017 merupakan tahun yang cukup bermakna bagi pemain tengah Korea Selatan ini kerana dia meninggalkan negaranya untuk beraksi bersama Dijon FCO di Perancis. Setakat ini, pengembaraan Kwon sedang berjalan dengan lancar. Walaupun dia sedikit sebanyak menunjukkan kebolehannya apabila membuat penampilan pertama menentang Olympique Marseille, Kwon mengambil masa enam bulan untuk menjadi pemain utama dalam skuad Dijon. Hasilnya? Kwon telah berjaya menjaringkan lima gol dan dua assist untuk pasukan Perancis itu.

Di Korea Selatan, pemain yang berusia 23 tahun itu sering dilabel sebagai seorang pemain yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Namun, kita jarang dapat melihat pemain Asia yang berani menggelecek bola secara solo dan Kwon jelas mempunyai keberanian untuk bermain dengan corak sebegitu.