Liga Super Malaysia Berita

Kedah selesai bayar tunggakan gaji, kekal Liga Super 2024-2025

Badan bebas First Instance Body (FIB) mengesahkan bahawa Kedah telah berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir 20 April lalu.

Ini membolehkan Kedah kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.

“Berdasarkan surat serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada MFL,” kata Pengerusi FIB, Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

“Kedah telah berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun.”

Hanya 2 pemain yang masih belum mendapat bayaran iaitu Lee Tuck dan Jonathan Reis berikutan kes masih dalam perbicaraan FIFA dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC).

FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000.