Liga Super Malaysia

Alfonso de la Cruz sah menjadi pemain import kelima Selangor

Ketua jurulatih Selangor, P. Maniam telah mengesahkan bahawa Selangor telah menandatangani Alfonso de la Cruz untuk menjadi pemain import kelima mereka untuk musim 2018.

Bekas pemain CD Ebro itu bermain di posisi pertahanan dan bakal digandingkan dengan William Pacheho atau Razman Raslan demi memperkasakan skuad mereka.

“Kami sudah mempunyai ramai pemain yang lebih kepada menyerang tetapi kita agak lemah di posisi tengah bertahan. Sebab itu kami menandatangani pemain itu untuk melakukan dirty job di bahagian tengah,” kata P. Maniam kepada Sinar Harian.

Keharidan Alfonso sekaligus melengkapkan kuota pemain import Selangor untuk musim 2018. Selepas membuat keputusan untuk mengekalkan Rufino Segovia daripada skuad 2017, Selangor turut membawa masuk Evan Dimas dan Ilham Udin daripada Bhayangkara FC, manakala William Pachecho pula tiba selepas bermain untuk Persija Jakarta tahun lepas.

The Red Giants akan membuka tirai musim Liga Super mereka dengan perlawanan ‘derby’ menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras pada 4 Februari akan datang.