Liga Super Malaysia Berita

Sanusi: Tak lawan JDT pun Kedah tetap bayar gaji pemain

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa pihaknya hanya akan membayar tunggakan gaji sekiranya pasukan turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini selepas Kedah dilaporkan baru sahaja membayar gaji pemain yang tertunggak selama dua bulan semalam, sebelum berdepan JDT pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman, malam ini.

“Ada orang cakap nak lawan JDT baru bayar gaji,” katanya kepada Berita Harian.

“Kalau lagu tu, kena lawan JDT tiap-tiap bulan baru bayar gaji.

“Gaji pemain bola kita sudah bayar, tahun ini sudah RM21 juta kita bayar.

“Takkan macam tu, kalau tak lawan JDT pun kita bayar, sekarang bulan Oktober, takkan bulan 1,2,3 ada lawan JDT.”