Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

Walaupun masih berumur 22 tahun, Sardar Azmoun boleh dikatakan antara penyerang terbaik Iran pada masa ini. Dia membuktikan dirinya bersama Rostov, terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, sehingga menarik perhatian kelab-kelab gergasi Eropah seperti Liverpool dan juga Lazio. Namun, Azmoun memilih untuk mengikut jejak kaki Qurban Berdiev dan menyertai Rubin Kazan.

Walaupun dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri bersama Rubin, Azmoun sudah mula jumpa rentak kerana dia berjaya mencatat dua gol dan dua assist dalam dua perlawanan terakhirnya. Selain itu, penyerang muda itu turut membantu Iran melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dengan persembahan yang cukup positif, termasuk dua gol yang dijaringkan ketika mereka bertemu Syria.