Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

Selepas musim 2016-17 yang agak mengecewakan untuk Leicester City, Shinji Okazaki menunjukkan tanda kebangkitan dengan enam gol dan dua assist untuk The Foxes pada musim ini. Seperti biasa, Okazaki sentiasa bekerja keras di atas padang dan tahap profesionalisme memang tidak boleh dipersoalkan. Sejak Claude Puel mengambil alih skuad Leicester, Okazaki sering digunakan sebagai pemain simpanan, namun penyerang yang berusia 31 tahun ini terus menjadi ikon kegemaran peminat.

Masa Okazaki bersama skuad Samurai Blues mungkin akan tamat dalam masa satu atau dua tahun lagi namun dia terus memainkan peranan yang penting dengan pengalaman yang dikumpul sepanjang kariernya. Selain menjaringkan gol ke-50 untuk Samurai Blues apabila menentang Thailand bulan Mac lepas, Okazaki turut membantu Jepun merangkul slot Piala Dunia 2018.