AFC Champions League

Anda Tahu Berapa Hadiah Wang Tunai Dalam AFC Champions League?

Seperti yang kita tahu, AFC Champions League merupakan kejohanan bola sepak peringkat kelab yang paling elit di Asia. Semua pasukan-pasukan dalam liga bola sepak Asia berebut-rebut untuk menjadi juara kejohanan ini.

Juara AFC Champions League akan layak ke kejohanan FIFA Club World Cup yang akan menemukan juara setiap benua didunia.

Dalam artikel ini kami akan cuba jelaskan berkenaan hadiah wang tunai dari kejohanan AFC Champions League berdasarkan manual terbaru yang dikeluarkan oleh AFC. Terdapat beberapa kategori yang telah ditentukan seperti dibawah:

Subsidi Perjalanan

Bagi setiap pasukan yang ‘travel’ ke tempat lawan, AFC Champions League akan memberikan subsidi perjalanan. Jumlah subsidi yang diberikan berbeza mengikut peringkat kejohanan seperti dibawah:

  1. Kelayakan Play-Off: Tiada Subsidi
  2. Peringkat Play-Off: USD 20,000
  3. Peringkat Kumpulan: USD30,000
  4. Peringkat Kalah Mati: USD 30,000
  5. Peringkat Suku Akhir: USD30,000
  6. Peringkat Separuh Akhir: USD 30,000
  7. Peringkat Akhir: USD 60,000

Case Study: Muangthong United
Juara Thai ini telah 2 kali bertandang ke tempat lawan dalam peringkat kumpulan. Berdasarkan subsidi diatas, Muangthong United akan menerima subsidi perjalanan berjumlah USD 60,000.

Menggunakan kadar pertukaran USD 1 = RM4, ianya adalah sekitar RM240,000!
‘Performance Bonus’

Dalam peringkat kumpulan, 4 pasukan akan diundi dalam setiap kumpulan. Setiap pasukan akan bermain 6 perlawanan bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat kalah mati seterusnya.

Setiap kemenangan dalam peringkat kumpulan, sesebuah pasukan itu akan menerima bonus sebanyak USD 50,000, jika seri USD 10,000 untuk kedua-dua pasukan, dana jika kalah tiada bonus diberikan.

Case Study: Muangthong United


Muangthong United berada dalam kumpulan E bersama-sama juara J1 League & juara Piala Maharaja Jepun, Kashima Antlers, pasukan ke 4 K League – Ulsan Hyundai, pasukan ke 3 Hyundai A-League – Brisbane Roar.

Selepas 4 perlawanan, Muangthong United 2 kali menang, 2 kali seri dan masih belum tewas. Oleh yang demikian, setakat ini Muanthong United sudah mengumpul sebanyak (2 x USD 50,000 + 2 x USD 10,000 ) USD 120,000 untuk performance bonus sahaja.

Ia tidaklah banyak sekitar RM480,000 sahaja!
Participation Bonus
‘Participation Bonus’ ini akan diberikan kepada pasukan yang layak sekurang-kurangnya ke peringkat kalah mati.

Bermula pada pusingan kalah mati pertama (R16), setiap pasukan akan menerima USD 80,000 (RM320,000). Kalah atau menang pada peringkat ini jumlah tersebut menjadi milik mereka.

Bagi pasukan yang menang dan layak ke suku akhir, mereka akan menerima USD 120,000 (RM480,000) dan diperingkat separuh akhir pula, USD200,000 (RM800,000) menjadi habuann kepada setiap pasukan.

Dalam perlawanan akhir, tiada pariticipation bonus diberikan. Juara akan menerima USD 3,000,000 ( RM12 juta) dan naib juara akan menerima USD1,500,000 ( RM6 juta ).

Rumusan

Setakat ini hanya satu pasukan dalam AFC Champions League mencatatkan 4 kemenangan, iaitu Jiangsu Suning dari China. Jadi mereka sudah menerima USD 200,000 (RM 1.2 juta) dari ‘performance bonus’ sahaja.

Seandainya mereka menan baki 2 perlawanan dan menjadi juara AFC Champions League 2017, Jiangsu Suning bakal menerima:
Performance Bonus
6 x USD 50,000 = USD 300,000
1 x USD 80,000
1 x USD 120,000
1 x USD 200,000
1 x USD 3,000,000

Jumlah USD 3.7 juta ( RM14.8 juta )

Subsidi Perjalanan
3 x USD 30,000 = USD 90,000
1 x USD 30,000
1 x USD 30,000
1 x USD 30,000
1 x USD 60,000

Jumlah USD 240,000 ( RM 960,000 )

Jumlah perfomance bonus bakal diterima adalah USD 3,700,000 ( RM14.8 juta ) dan subsidi perjalanan berjumlah USD 240,000 ( RM960,000 ).