Liga Super Malaysia

VIDEO: Bekas Pemain Akademi Barcelona Penjaring Gol Termuda J League

Dalam perlawanan J3 League diantara Cerezo Osaka U23 bertemu FC Tokyo U23, prospek utama Jepun yang pernah beraksi dalam Akademi La Masia Barcelona, Takefusa Kubo menjaringkan gol pertamanya dalam J League.

Gol itu seterusnya membolehkan beliau memecahkan rekod sebagai penjaring termuda J League yang dipegang oleh Takayuki Morimoto dengan catatan baru 15 tahun 10 bulan 11 hari.
Sebelum itu beliau juga mencipta rekod sebagai pemain termuda beraksi dalam J League pada umur 15 tahun 5 bulan 1 hari.

Pada aksi musim penuh pertama bersama Barca Alevin (U11) beliau telah berjaya mencatat 74 gol dalam 30 perlawanan.

Kubo kembali ke Jepun menandatangani kontrak bersama FC Tokyo selepas Barcelona didapati bersalah melanggar peraturan FIFA berkenaan polisi perpindahan antarabangsa pemain remaja U18.

Saksikan video gol beliau sebagai penjaring termuda J League!