Menjelang perlawanan ke 5 dalam saingan AFC Cup 2017 Zon ASEAN esok, kami cuba melihat apakah situasi yang akan membawa pertemuan awal pada peringkat separuh akhir Zon ASEAN diantara Johor DT dan Felda United.
Adalah pertemuan awal pada peringkat separuh akhir ini akan membawa kelebihan kepada AFC MA Ranking atau tidak? Bagaimana kita boleh memaksimakan pungutan mata AFC Cup 2017 ?
Jadual undian separuh akhir Zon ASEAN
Berdasarkan jadual undian separuh akhir Zon ASEAN diatas, berikut adalah beberapa situasi yang memungkinkan Felda United bertembung dengan Johor DT pada peringkat separuh akhir.
Kedudukan semasa 3 kumpulan dari Zon ASEAN.
2 Situasi Yang Memungkinkan Pertemu Johor DT & Felda United
1) Johor DT Juara Kumpulan F (1F) dan Felda United Juara Kumpulan G (1G)
Jika kedua-dua wakil Malaysia ini berjaya menjadi juara kumpulan masing-masing, dan pasukan tempat ke 2 terbaik adalah dari kumpulan G (2G), Felda United akan bertemu Johor DT dalam perlawanan pertama separuh akhir Zon ASEAN di Stadium Tun Abdul Razak.
2) Johor DT Naib Juara Terbaik (2F) dan Felda United Juara Kumpulan G (1G)
Dalam situasi ini, Johor Dt akan bertemu Felda United di Larkin dalam perlawanan pertama separuh akhit Zon ASEAN.
Mengikut situasi semasa, kedua-dua wakil Malaysia ini berada ditempat kedua kumpulan masing-masing, namun Johor DT berada dalam kedudukan terbaik berbanding Felda United.
Impak Kepada Pungutan Mata AFC MA Ranking
Secara teori, kami tidak mahu Johor DT dan Felda United bertemu awal pada peringkat separuh akhir kerana kita tidak mampu untuk memaksimakan pungutan mata untuk dibawa ke pengiraan MA Ranking.
Perlu diingatkan juga, hanya 1 wakil dari Zon ASEAN sahaja akan layak ke separuh akhir Inter-Zon dan kita mahu 2 pasukan Malaysia bertemu di Final Zon ASEAN untuk:
- Menyekat pasukan Vietnam dari mengejar pungutan mata dalam AFC MA Ranking
- Maksimakan mata bagi memotong AFC MA Ranking Hong Kong untuk ‘secure direct slot’ dalam AFC Champions League 2019 dan 2020.
Samada Johor DT atau Felda United, jika menjadi juara Zon ASEAN, disini akan munculnya juara dari 3 zon lain – Central Zone, South Zone dan East Zone. Diperingkat ini kelibat pasukan seperti Istiklol, Bengaluru FC, Mohun Bagan akan muncul dan pada pengamatan kami inilah seteru yang mampu menghalang kemaraan pasukan negara ke peringat akhir AFC Cup 2017.
Bagi East Zone pula, hampir pasti kelab dari Korea Utara, April 25 FC atau Kigwancha FC akan mara ke separuh akhir Inter-Zone. Tiada maklumat mengenai pasukan ini buat masa sekarang.