Other Editions

Bagaimana J League Berikan Pendedahan Mengenai Pengurusan Kelab Bola Sepak Yang Betul

J League telah bekerjasama dengan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Ritsumeikan University bagi menyediakan satu kursus ” JHC Practical Education Course”. Kursus ini diwujudkan bagi memberikan pendidikan dan ilmu berkenaan bagaimana untuk menguruskan sebuah kelab sukan profesional di Jepun.

Ada ramai bekas pemain serta individu yang telah menyertai kursus ini apabila mereka telah bersara, dan bekerja dikelab lama memegang pelbagai jenis jawatan seperti yang diperlukan oleh pihak kelab seperti, Top Team Scout, Club Relationship Officer, Partner’s Sales dan sebagainya. Dan kursus seperti ini akan memberikan satu pendedahan serta memastikan semua peserta akan jelas mengenai arah tuju atau ‘direction’ J League secara khusus dan bola sepak Jepun amnya.

Kursus ini diadakan selama 2 tahun dan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu, kelas teori dan latihan praktikal. Seramai 50 orang perserta diambil bagi satu-satu sesi dengan mengenakan yuran sebanyak RM10,000 seorang.

Dengan kerjasama Universiti Risumeikan, kelas akan diadakan di kampus itu 2 kali seminggu dan 3 jam setiap sesi dari 6:45 petang hingga 9:45 malam. Terdapat 91 kelas yang perlu dihadiri oleh peserta merangkumi pelbagai topik seperti dibawah.

1)Kelas Teori Di Ritsumeikan Universiti

Di tahun pertama pihak Ritsumeikan Universiti akan menyediakan kursus berkaitan Business Management. Subjek pelajaran akan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu:

i) Business School Subject
– Logical Thinking
– Leadership
– Communication
– Administration & Strategic Management

ii) Sport Business Subject
– Sports Marketing
– Sports Financial & Accounting

iii) J League Subject
– Professional Soccer Club Management (J League )
– Professional Soccer Club Management ( Business )
– Professional Soccer Club Management ( Sports )

2) Latihan Praktikal di kelab J League

Selepas berjaya menamatkan kursus teori dan kelas diatas, mereka akan dihantar untuk menjalankan “On Job Training”.

Antara latihan yang akan diterima adalah :

i) Management on League level
ii) Management on Club level

Siapa Sensei Mereka?

Pihak J League akan memanggil ramai ‘ahli-ahli’ kepada setiap topik kursus yang telah ditetapkan. Ia mungkin orang sama atau berbeza-beza berdasarkan persetujuan.

Pelbagai pihak dari kelab-kelab J League akan turun memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya tugas yang diperlu dilaksanakan, apa cabaran dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Jurulatih juga dipanggil bagi memberikan input ‘direct’ kepada peserta termasuk Saburo Kawabuchi , orang yang bertanggun jawab menubuhkan J League pada 1993.

Peserta batch ke 2 yang telah tamat kursus.

Selepas Tamat Kursus

Seterusnya, selepas berjaya lulus dalam semua aspek kursus, jika bekerja bersama kelab akan kembali meneruskan tugas, dan ada juga yang cenderung untuk menjadi konsultant sukan dan membuka pusat latihan sukan atau bola sepak secara persendirian.

Mereka akan terus membangunkan sukan melalui ilmu yang telah diperolehi dari J League sendiri. Dapat kita lihat, J League bertindak sebagai sebuah organisasi yang mempunyai halatuju yang jelas dan mereka mahukan penglibatan secara kolektif dari kelab dan persatuan untuk menjayakan misi yang telah ditetapkan.

Mungkin cara pelaksaan itu berbeza bergantung kepada situasi di kelab masing-masing tetapi semua mereka ini akan menuju ke satu ‘target’ yang sama. Mereka juga tidak menghadkan kepada bola sepak sahaja dan kursus ini sesuai juga bagi sukan-sukan yang lain.

Ini yang bola sepak Jepun lakukan diluar padang!