Kolum

Stadium de la Ceramica – Pelabuhan Kecil Kapal Selam Kuning

Pada 5 Ogos 1966, The Beatles melancarkan “Yellow Submarine” yang menjadi kegilaan ramai peminat mereka. Pada tahun yang sama, Los Mustang, kumpulan Sepanyol yang menikmati banyak kejayaan pada tahun 1960-an, mengeluarkan versi trek mereka sendiri yang kemudiannya telah terjual sebanyak 130,000 naskhah.

Setahun kemudian, Villarreal CF memulakan musim baru dengan misi memburu tempat ke divisyen tiga. Para penyokong yang berada di belakang pasukan mereka kedengaran kuat dengan sorakan – amarillo el submarino es, amarillo es, amarillo es (kami semua hidup dalam kapal selam kuning, kapal selam kuning, kapal selam kuning), lagu itu boleh di dengari kuat berkumandang di bahagian atas El Madrigal atau sekarang lebih dikenali sebagai Estadio de la Ceramica.

Sejak daripada itu, kelab ini telah dikenali sebagai Kapal Selam Kuning dengan penyokongnya terdiri daripada bahagian terbesar kru yang bekerja di pelabuhan utama.

Terletak hanya 60 kilometer dari Valencia, Villarreal adalah salah satu bandar terpenting di rantau ini yang terkenal dengan industri tembikar. Kebanyakkan penduduk di sini bekerja di kilang-kilang jubin dan batu bata dari satu generasi ke generasi lain.

Merekalah yang banyak membantu membina sebuah kelab yang kini menjadi salah satu kuasa besar dalam bolasepak Sepanyol. Sejarah ini telah di pahat dengan penamaan semula “groguet” – stadium kuning di dalam bahasa Valenciano, bahasa yang digunakan di Villarreal bersama-sama dengan bahasa Sepanyol – ke Estadio de la Ceramica

 

Jika ada sesuatu yang lebih penting daripada tembikar di Villarreal, ia adalah pasukan yang terkenal dengan warna kuning. Pada hari perlawanan apabila kaunter tiket di Estadio de la Ceramica menaikkan tanda ‘Dijual’, separuh daripada penduduk bandar akan hadir.

Stadium dengan kapasiti 23,000 tempat duduk yang boleh menempatkan hampir separuh daripada 50,000 penduduk Villarreal. Oleh kerana itu, apabila adanya perlawanan bola sepak, segala aktiviti yang berlaku di bandar ini akan terhenti.

Yellow Submarine yang mempunyai rekod yang baik apabila bermain di laman sendiri telah mengembara ke seluruh dunia dan menjadi salah satu kuasa besar La Liga. Villarreal CF juga mempunyai kelab penyokong di Belgium, Finland dan Mexico.

Kelab ini juga pernah menuju ke La Bombonera, Argentina bagi mengadakan satu perlawanan persahabatan pada tahun 2017 bagi menentang Boca Juniors. Tujuannya adalah untuk menghormati pemain kelahiran Argentina yang pernah menyarung jersi kuning yang terkenal seperti – Juan Roman Riquelme , Martin Palermo, Rodolfo Arruabarrena dan Juan Pablo Sorin.

Setelah bersaing di La Liga selama 18 musim, lawatan ke Estadio de la Ceramica adalah peluang untuk merasai kebanggaan yang dirasakan oleh penyokong sebuah bandar kecil.