Luar Negara Berita

60,000 Ribu Orang Hadir Saksikan Perlawanan Bola Sepak Wanita

Kehadiran besar penyokong pada perlawanan bola sepak wanita telah mencatat rekod baru buat Atletico dan sejarah bola sepak wanita.

“Kehadiran rekod bersejarah untuk perlawanan kelab adalah di Wanda Metropolitano 60,739 penonton!”, kata akaun Twitter rasmi kelab itu.

“Orang ramai gembira dengan pemain-pemain kami dan menetapkan rekod dunia untuk kehadiran pada perlawanan kelab wanita,” kata Atletico dalam satu kenyataan.

Barça menang 2-0 hasil daripada gol Asisat Oshoala dan Toni Duggan, di mana kelab dari Catalans itu kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang Atletico di puncak Liga Femenina.

Kehadiran penyokong menonton perlawanan ini telah memecah rekod yang sebelum ini dipegang pada 30 Januari apabila sekumpulan 48,121 penyokong hadir memberi sokongan ketika Athletic Bilbao menentang Atletico Madrid di Stadium San Mames.

Secara keseluruhan rekod paling ramai penyokong hadir ke perlawanan bola sepak wanita adalah 90,185 penonton pada perlawanan akhir Piala Dunia 1999 di Rose Bowl, California ketika Amerika Syarikat mengalahkan China.