Liga Super Malaysia Berita

TMJ derma rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Larkin kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.
Inisiatif itu dititahkan oleh TMJ selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John.
“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan,” menurut Johor Southern Tigers.
Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh TMJ kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.
Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara.