Liga Super Malaysia

JDT bawa bekas pemain Hapoel Tel Aviv untuk ganti Marcos Antonio

Johor DT telah mengesahkan bahawa bekas pemain Hapoel Tel Aviv, Bruno Gabriel Soares akan telah menyertai mereka untuk musim 2018.

Pemain pertahanan yang berasal daripada Brazil itu telah dibawa masuk untuk menjadi calon ‘standby’ untuk menggantikan Marcos Antonio, sekiranya dia gagal melepasi ujian kecergasan untuk musim depan.

Marcos, yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami pada pertengahan musim lepas, masih menaruh harapan untuk kembali beraksi dalam masa terdekat. Namun sekiranya dia gagal membuktikan tahap kecergasan, Bruno Soares akan diterapkan ke dalam skuad JDT.

Menurut komen yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi mereka, Johor Darul Ta’azim berkata: “Bruno adalah pemain pertahanan luar negara kami yang berasal dari Brazil. Kami meletakkan beliau sebagai pemain “standby” untuk Marcos Antonio jika belum cergas sepenuhnya.

“Buat masa ini berkemungkinan besar beliau akan bermain untuk JDT II dan akan bermain untuk skuad utama jika diperlukan,” tambah kenyataan tersebut.

Bruno memulakan kariernya di Brazil bersama Coritiba FC dan Parana Clube, sebelum berhijrah Germany untuk menyertai MSV Duisburg pada tahun 2009 dan Fortuna Dusseldorf pada tahun 2012. Kemudian, dia berpindah ke Kazakhstan bersama pasukan Kairat pada tahun 2015, sebelum menyertai Hapoel Tel Aviv di Israel pada awal tahun ini.