Piala Malaysia Berita

Kedah mudah tewaskan Negeri Sembilan

Juara Piala FA 2019, Kedah memulakan misi merebut Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Pasukan Helang merah berjaya menunjuk persembahan yang kemas apabila menguasai perlawanan dari minit pertama wisel dibunyikan.

Gol pertama mereka hadir pada minit ketiga menerusi Fernando Rodriguez sebelum Mohd Shakir Hamzah menjaringkan gol kedua pada minit ke-72.

Kedah mengukuhkan lagi kedudukan mereka apabila berjaya menjaringkan gol ketiga menerus Jonathan Bauman selepas Mohd Farhan Roslan dijatuhkan di dalam kotak penalti.