Piala Malaysia Berita

Pahang bangkit benam Pulau Pinang

Pahang berjaya menundukkan Pulau Pinang, 3-1 di halaman sendiri pada aksi pembukaan Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia, semalam.

Skuad Tok Gajah walau bagaimanapun terpaksa bertungkus lumus untuk menundukkan Pulau Pinang selepas ketinggalan 0-1 pada minit ke-50 selepas Julian Bottaro memberi jaringan pendahuluan kepada pasukan pelawat.

Selang beberapa minit selepas itu, Dickson Nwakaeme menjaringkan penalti untuk Pahang sebelum Sumareh dan Muslim Ahmad menambah jaringan Pahang bagi memperoleh tiga mata penuh.